Skip to Content
MISSION INFO
Address:
No. 61, Simpang 336 Jalan Kebangsaan
Bandar Seri Begawan 
Telephone: +673-2381096 /97 dan +673-2381101
Consular Operation Hours (Mon-Fri) : 9.00 am - 11.00 am (Submission), 3.00 pm - 4.00 pm (Collection)
Fax: +673-2381278 dan +673-2382348
Email: mwbrunei[at]kln[dot]gov[dot]my Facebook : highcommissionofmalaysiabrunei Instagram : mwbandarseribegawan
GMT: + 8 hrs
Working Days: Mon-Thurs: 8.00 am-12.15 pm, 1.30 pm-4.30 pm
Working Hours: Fri: 8.00 am-12.00 pm, 2.15 pm-4.30 pm
Public Holidays: Saturday, Sunday & Certain Public Holidays

 

News From Mission News From Mission

Back

PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA

TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah pada 11 Oktober 2021 mempersembahkan watikah pelantikan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam kepada Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis penyerahan watikah ini berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.  Semasa pertemuan bersama baginda selepas penyerahan watikah tersebut, TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah menzahirkan komitmen untuk mengukuhkan hubungan istimewa antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam di dalam pelbagai bidang untuk manfaat bersama kedua-dua buah negara.

 

Seluruh warga kerja Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan akan terus bersama-sama TYT Dato' Raja Reza Raja Zaib Shah untuk menjayakan aspirasi negara dalam membawa hubungan dua hala antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam ke peringkat yang lebih tinggi.