Archives Archives

Back

Kuasa Usaha Sementara telah bersama-sama memeriahkan Merdeka Summer Picnic 2024 yang dianjurkan oleh MAC

Pada 18 Ogos 2024, Kuasa Usaha Sementara telah bersama-sama memeriahkan Merdeka Summer Picnic 2024 yang dianjurkan oleh Malaysian Association of Canada. Majlis ini telah diadakan di Simeon Park, Toronto.
Dianggarkan seramai 115 rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latarbelakang telah hadir memeriahkan majlis tersebut. Selain mendampingi rakyat Malaysia, Kuasa Usaha Sementara telah mengambil peluang mengetengahkan tema dan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka”.