Archives
Back
Lawatan Kerja YB Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Negeri Sarawak ke Toronto, Kanada
Pada 12 dan 13 Ogos 2024, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Ottawa telah memudahcara dan mengiringi delegasi Kerajaan Negeri Sarawak yang diketuai oleh YB Dato Sri Julaihi Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Negeri Sarawak, Malaysia bertemu dengan pihak Toronto Water dan University of Waterloo.
YB Dato Sri Julaihi turut diiringi oleh YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Haji Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi; YB Datuk Dr. Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan YB Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II. Delegasi tersebut juga terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Sarawak.


