Archives
Back
Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-67
Pada 30 Ogos 2024, Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-67 di Hotel Sheraton, Ottawa. Seramai 85 orang jemputan terutamanya rakyat Malaysia yang menetap di sekitar Ottawa, Montreal dan Toronto telah hadir bagi memeriahkan Majlis ini.
Kuasa Usaha Sementara Encik Mohammad Al Hafiz bin Mohd Nadzir dalam ucapannya telah mengetengahkan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Malaysia Madani: Jiwa Merdeka. Beliau turut menekankan kepentingan semangat patriotisme dan perpaduan. Beliau menyeru agar rakyat Malaysia terus kekal menjaga kedaulatan dan maruah negara Malaysia.
Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Kapten Norazman bin Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan delegasi.


