Archives Archives

Back

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 serta upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang

Video montaj Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 & upacara menaikkan Jalur Gemilang: https://www.facebook.com/Malawakil.Ottawa/videos/289166383823232
 
Pada 31 Ogos 2023, PYT Datin Paduka Siti Hajjar Adnin, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 serta upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang di Rumah Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang menetap di sekitar Ottawa dan Montreal telah hadir bagi memeriahkan Majlis ini.
PYT Datin Paduka dalam ucapannya telah mengetengahkan tema dan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. Beliau menekankan maksud konsep Malaysia Madani selaras dengan dasar kepimpinan YAB Perdana Menteri yang menitikberatkan perpaduan dan peranan di kalangan rakyat Malaysia termasuklah yang bermastautin di Kanada.
Beliau turut berpesan agar rakyat Malaysia yang bermastautin di Kanada menjaga nama baik dan imej negara serta mengamalkan etika kerja mulia dan mematuhi undang-undang dan budaya tempatan.