Archives
EARTHQUAKE IN ECUADOR
On 16 April 2016, a 7.8-magnitude earthquake hit the central coastal region of Ecuador. The earthquake was centered 27 kilometres from the town of Muisne and 170 kilometres from Quito, the capital of Ecuador. It was reported that 262 people have lost their lives and 2,572 people were injured. The Embassy of Malaysia in Santiago, Chile, accredited to Ecuador, informed that two (2) Malaysians working in Ecuador are currently safe.
The Government of Ecuador has announced a state of emergency in the affected areas and the relevant authorities are handling the situation by taking all necessary measures to assist the victims.
The Embassy of Malaysia in Santiago is in close contact with the Ecuadorian authorities for the latest updates on the situation.
MINISTRY OF FOREIGN AFFAIRS
PUTRAJAYA
18 April 2016
KEJADIAN GEMPA BUMI DI ECUADOR
Pada 16 April 2016, satu kejadian gempa bumi berskala 7.8 richter telah dilaporkan di wilayah perairan Ecuador. Gempa bumi tersebut berpusat 27 kilometer dari bandar Muisne dan 170 kilometer dari Quito, ibu negara Ecuador. Sekurang-kurangnya 262 orang dilaporkan terkorban dan 2,572 orang lagi cedera dalam kejadian tersebut. Kedutaan Besar Malaysia di Santiago, Chile, yang ditauliahkan secara serentak ke Ecuador telah memaklumkan bahawa dua (2) orang rakyat Malaysia yang bekerja di Ecuador berada dalam keadaan selamat.
Kerajaan Ecuador telah mengumumkan perintah darurat di kawasan yang terlibat dan pihak berkuasa sedang mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam menangani situasi ini serta menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Kedutaan Besar Malaysia di Santiago sedang berurusan dengan pihak berkuasa Ecuador untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kejadian tersebut.
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
PUTRAJAYA
18 April 2016