Skip to Content
Concurrently Accredited Missions : Kerajaan Liechtenstein
MISSION INFO
Address:
Jungfraustrasse 1 CH-3005
 
Berne
Telephone: +41-31 350 4700
 
Fax: +41-31 350 4702
Email: mwberne@kln.gov.my
GMT: + 6 hrs (KL) - (Mac - October), + 7 hrs (KL)
Working Days: Monday - Friday
Working Hours: 9.00 a.m - 5.00 p.m (Consular Services: By Appointment) (Counter: 10 a.m - 12 noon)
Public Holidays: Saturday, Sunday & Public Holiday

 

news from mission news from mission

Back

MAJLIS MAKAN TENGAHARI SEMPENA DENGAN ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-63, AHAD, 13 SEPTEMBER 2020

Pada 13 September 2020, PYT Amb. Sharrina Abdullah, Duta Besar Malaysia di Switzerland mengadakan Majlis Makan Tengahari bersama rakyat Malaysia bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-63. 

 

Majlis Makan Tengahari telah dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan diikuti dengan ucapan oleh PYT Amb. Sharrina.  Dalam mengambilkira keadaan semasa, beliau memaklumkan bahawa majlis pada hari tersebut tidak dapat diadakan pada skala seperti tahun-tahun sebelum ini dan terpaksa diadakan pada skala kecil.  Namun begitu, beliau menasihati para hadirin untuk terus menjalani kehidupan mereka seperti biasa, tetapi dengan pengubahsuaian kepada amalan-amalan gaya hidup sebelum ini.

 

PYT Duta Besar juga mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan para tetamu erti di sebalik ‘Malaysia Prihatin’, tema Hari Kebangsaan 2020.  Beliau telah berkongsi yang tema tersebut telah dipilih bagi menghargai pasukan barisan hadapan negara yang berkhidmat untuk negara di dalam mengendalikan wabak Covid-19 ini. 

 

Majlis makan tengahari tersebut telah dihadiri oleh lebih daripada 25 tetamu bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga mereka.    Para jemputan yang hadir datang dari pelbagai kanton termasuk daripada Bern, Zurich, Basel dan Ticino.  Semasa majlis tersebut, para tetamu telah disajikan dengan pelbagai masakan dan kuih-muih Malaysia termasuk Satay, Ayam Masak Lemak Cili Api, Paru Goreng, Kuih Lapis dan Vadai.

 

 

LUNCH ON THE OCCASION OF THE 63RD ANNIVERSARY OF THE NATIONAL DAY OF MALAYSIA

SUNDAY, 13 SEPTEMBER 2020

 

On Sunday, 13 September 2020, H.E. Amb. Sharrina Abdullah hosted a small group of Malaysians residing in Switzerland at the Rumah Malaysia in Bern for a lunch on the occasion of the 63rd Anniversary of the National Day of Malaysia.

 

The event began with the playing of the National Anthem, followed by brief remarks by the  Ambassador.  The Ambassador intimated that unlike in previous years,  the event had to be held on a smaller scale due to Covid-19 concerns.  She further advised the guests to continue with their activities but with adjustments to how things are normally done.

 

H.E. Amb. Sharrina also took the opportunity to share with guests the meaning behind ‘Malaysia Cares’, the National Day theme for 2020.  She revealed that the theme was chosen as a show of appreciation towards Malaysia’s dedicated front liners.

 

The lunch was attended by over 25 guests who were mainly Swiss-based Malaysians and their families.  Guests in attendance travelled from various cantons including among others from Zurich, Basel and Ticino to join the Ambassador for the lunch.  During the lunch, guests were also feted on an array of Malaysian cuisine and desserts including among others, Satay, Ayam Masak Lemak Cili Api, Paru Goreng, Kuih Lapis and Vadai.