Skip to Content
Concurrently Accredited Missions : Kerajaan Liechtenstein
MISSION INFO
Address:
Jungfraustrasse 1 CH-3005
 
Berne
Telephone: +41-31 350 4700
 
Fax: +41-31 350 4702
Email: mwberne@kln.gov.my
GMT: + 6 hrs (KL) - (Mac - October), + 7 hrs (KL)
Working Days: Monday - Friday
Working Hours: 9.00 a.m - 5.00 p.m (Consular Services: By Appointment) (Counter: 10 a.m - 12 noon)
Public Holidays: Saturday, Sunday & Public Holiday

 

news from mission news from mission

Back

PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.185 BATU SAPI

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 05 Disember 2020 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.185 Batu Sapi. Dalam perkara ini, SPR akan meneruskan kemudahan mengundi secara pos bagi warganegara Malaysia yang berada di luar negara bagi maksud PRK tersebut.

 

Untuk tujuan ini, permohonan undi pos boleh dilakukan menggunakan Borang 1B (Pengundi Luar Negara) yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPR www.spr.gov.my sehingga 12 November 2020. Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

 

  • merupakan seorang pemilih berdaftar;
  • bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
  • pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum kekosongan kerusi Dewan Rakyat P.185 Batu Sapi, iaitu pada 07 Oktober 2020.

 

Pemohon juga perlu menghantar terus Borang 1B yang diisi ke pihak SPR melalui pos/e-mel/fax seperti yang tertera dalam borang tersebut dan bukan menerusi Kedutaan Besar.

 

Bagi pemulangan kertas undi ke SPR setelah diterima,  pemohon boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara yang didiami.  Kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda adalah atas tanggungan pengundi.

 

Maklumat lanjut mengenai proses pengundian secara pos di luar negara boleh diperolehi melalui pautan berikut: https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/soalan-lazim/undi-pos-luar-negara.