Mission News

Malaysian Food and Tourism Fair 2026

07 October 2026 375 views
Malaysian Food and Tourism Fair 2026
Kedutaan Besar Malaysia di Berne dengan kerjasama Tourism Malaysia Frankfurt telah menganjurkan Malaysia Food & Tourism Fair 2026 pada 3 Oktober 2026 di Berne, Switzerland. Lebih 400 pengunjung daripada kalangan masyarakat tempatan, komuniti antarabangsa dan rakyat Malaysia yang menetap di Switzerland hadir memeriahkan acara yang menampilkan 16 gerai makanan, persembahan dan aktiviti kebudayaan serta promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026–2027. Pelbagai juadah seperti nasi lemak, nasi kerabu, laksa, sate dan kuih-muih tradisional menjadi tarikan, sambil memberi peluang kepada pengunjung mengenali dengan lebih dekat kepelbagaian budaya, seni dan warisan Malaysia. Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama memeriahkan acara ini. Semoga berjumpa lagi!
Share:
Link copied to clipboard
Back

Related Articles

You may also be interested in