News From Mission News From Mission

Back

Aidilfitri MADANI di Geneva

Aidilfitri MADANI di Geneva

 

Pejabat Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Badan-badan Antarabangsa di Geneva, Switzerland telah menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 April 2024.

 

Majlis sambutan tersebut telah diadakan di Kediaman Rasmi Wakil Tetap Malaysia ke PBB di Geneva. Jemputan adalah terdiri daripada Wakil Tetap dan diplomat dari negara-negara anggota ASEAN termasuk Timor Leste, HBS dan keluarga serta rakyat Malaysia yang menetap di Geneva.

 

Manakala antara juadah yang telah disediakan adalah rendang daging, nasi impit, kuah kacang, nasi tomato dan ayam masak merah serta kuih-muih dan teh tarik.

 

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang telah diadakan secara sederhana namun meriah tersebut telah dapat memupuk semangat perpaduan dan kesetianegaraan sesama rakyat Malaysia berbilang kaum yang bermastautin di Geneva. Penganjuran majlis ini juga adalah untuk menyokong inisiatif Harmoni MADANI yang telah dilancarkan oleh kerajaan pada tahun ini yang antara lainnya bertujuan untuk membudayakan amalan menyebarkan mesej keharmonian dan muhibah antara rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.