Concurrently Accredited Missions : Mongolia |
![]() | ![]() |
news from mission
TERKINI: NASIHAT KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI CHINA MENGENAI PERKEMBANGAN CORONAVIRUS (SEHINGGA 13 MAC 2020)
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI REPUBLIK RAKYAT CHINA
BEIJING
Kepada semua rakyat Malaysia di China,
TERKINI: PERKEMBANGAN MENGENAI WABAK COVID-19 DI CHINA
(SEHINGGA 13 MAC 2020)
Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat-Konsulat Jeneral di Republik Rakyat China sedang meneruskan usaha untuk memberikan bantuan konsular kepada warganegara Malaysia berhubung dengan kes-kes COVID-19 di Wuhan dan di lokasi-lokasi lain di China.
Beberapa syarikat penerbangan telah memberhentikan atau mengurangkan perkhidmatan penerbangan dari dan ke China. Bagi syarikat penerbangan dari Malaysia, ini dilakukan atas pertimbangan komersial. Antara langkah-langkah lain yang sedang dilaksanakan termasuk kawalan untuk perjalanan masuk dan keluar bagi kawasan-kawasan yang tertentu. Kedutaan menggalakkan semua warganegara Malaysia di China untuk mengambil kira perkara tersebut serta gangguan-gangguan lain kepada perkhidmatan pengangkutan apabila merancang perjalanan masing-masing.
Semua warganegara Malaysia di Republik Rakyat China perlu memaklumkan kepada Kedutaan atau Konsulat-Jeneral yang berhampiran mengenai orang yang boleh dihubungi dalam kes kecemasan, sekiranya belum melakukannya lagi. Ini boleh dilakukan melalui pautan https://is.gd/MyCn2020 . Kedutaan dan Konsulat-Konsulat Jeneral bersedia untuk dihubungi 24 jam oleh warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan konsular segera.
Kedutaan ingin mengulangi nasihat kepada semua rakyat Malaysia di China untuk kekal tenang dan mengikuti perkembangan semasa, melalui media tempatan serta laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (http://www.moh.gov.my/), Suruhanjaya Kesihatan Negara Republik Rakyat China (http://en.nhc.gov.cn/), dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (https://www.who.int/). Warganegara Malaysia yang tinggal di China juga adalah digalakkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga, seperti yang dinyatakan dalam nasihat-nasihat Kedutaan yang sebelumnya.
Semua rakyat Malaysia harus mematuhi peraturan saringan kesihatan tempatan yang berkaitan di China, dan rakyat Malaysia di luar China disarankan untuk mengelakkan perjalanan yang tidak penting ke China. Semua individu yang melakukan perjalanan di antara Malaysia dan China mesti mematuhi syarat-syarat pemeriksaan kesihatan dan imigresen yang dikenakan oleh kedua-dua negara.
Perkhidmatan konsular biasa akan terhad disebabkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang sedang diambil oleh pihak berkuasa tempatan. Kedutaan ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia di luar negara atau yang sedang merancang untuk melancong ke luar negara supaya berdaftar melalui perkhidmatan e-Konsular Kementerian Luar Negeri Malaysia di https://ekonsular.kln.gov.my/.
Rakyat Malaysia di China masih boleh menghubungi Kedutaan di Beijing atau Konsulat-Konsulat Jeneral Malaysia terdekat di Shanghai, Guangzhou, Kunming, Nanning, Xi 'an dan Hong Kong, melalui emel, telefon dan WeChat:
Maklumat Kecemasan | Wilayah konsular |
Kedutaan Besar Malaysia di Beijing mwbeijing@kln.gov.my +8618513665810 / +8613718942581 | Beijing, Hubei (Wuhan), Tianjin, Henan, Hebei, Heilongjiang, Jilin, Liaoning, Wilayah Autonomi Inner Mongolia, Qinghai, Shandong, Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur & Wilayah Autonomi Tibet |
Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai mwshanghai@kln.gov.my +8613761154009 | Shanghai, Anhui, Jiangsu & Zhejiang |
Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou mwguangzhou@kln.gov.my +8618802087683 | Guangdong, Fujian, Hainan, Hunan & Jiangxi |
Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming mwkunming@kln.gov.my +8618487341474 | Yunnan, Sichuan & Chongqing |
Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning mwnanning@kln.gov.my +8615977783818 / +8615977783898 | Guizhou & Wilayah Autonomi Guangxi |
Konsulat Jeneral Malaysia di Xi’an mwxian@kln.gov.my +8615229089757 | Shaanxi, Gansu & Wilayah Autonomi Ningxia Hu |
Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong mwhongkong@kln.gov.my +85269006390 | Wilayah-Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong & Macau |
13 MAC 2020