Skip to Content
Concurrently Accredited Missions : Mongolia
MISSION INFO
Address:
No. 2, Liang Ma Qiao Bei Jie Chaoyang District
People's Republic of China 
Beijing
Telephone: (86-10) 6532-2531 / (86-10) 6532-2532/
(86-10) 6532-2533 (office lines) / (86) 13718942581 (after office hours)
Fax: (86-10) 6532-5032
Email: mwbeijing[at]kln[dot]gov[dot]my
GMT: + 8 hrs
Working Days: Monday - Friday
Working Hours: 9.00 a.m - 5.00 p.m
Public Holidays: Saturday, Sunday & Public Holiday

 

news from mission news from mission

Back

TERKINI: NASIHAT KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI CHINA MENGENAI PERKEMBANGAN CORONAVIRUS (SEHINGGA 28 JANUARI 2020)

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI REPUBLIK RAKYAT CHINA

BEIJING

 

Kepada semua rakyat Malaysia di China,

 

TERKINI: PERKEMBANGAN MENGENAI CORONAVIRUS DI CHINA (SEHINGGA 28 JANUARI 2020)

 

Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat-Konsulat Jeneral di Republik Rakyat China terus memantau wabak kes radang paru-paru (pneumonia) yang disebabkan oleh novel koronavirus di Wuhan dan di lokasi-lokasi lain di China.

 

Kedutaan ingin mengulangi nasihat kepada semua rakyat Malaysia di China agar mengikuti perkembangan semasa, melalui media tempatan serta laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (http://www.moh.gov.my/), Suruhanjaya Kesihatan Negara Republik Rakyat China (http://en.nhc.gov.cn/), dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (https://www.who.int/).

 

Semua rakyat Malaysia harus mematuhi peraturan saringan kesihatan tempatan yang berkaitan di China, dan rakyat Malaysia di luar China disarankan untuk mengelakkan perjalanan yang tidak penting ke China. Semua individu yang melakukan perjalanan di antara Malaysia dan China mesti mematuhi syarat-syarat pemeriksaan kesihatan dan imigresen yang dikenakan oleh kedua-dua negara.

 

Rakyat Malaysia yang tinggal di China juga adalah digalakkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan Kedutaan bertarikh 24 Januari 2020.

 

Bantuan konsular akan terhad disebabkan pelanjutan musim perayaan Tahun Baru Cina serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan. Kedutaan ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia di luar negara atau yang sedang merancang untuk melancong ke luar negara supaya berdaftar melalui perkhidmatan e-Konsular Kementerian Luar Negeri Malaysia di https://ekonsular.kln.gov.my/. Memandangkan Kedutaan masih meneruskan usaha untuk mengenal pasti rakyat Malaysia yang berada di lokasi-lokasi yang paling terjejas, iaitu Wuhan dan bandar-bandar berhampiran, adalah diharapkan agar rakyat Malaysia di sana dapat menghubungi Kedutaan di nombor yang tertera di bawah.

 

Susulan pengumuman Kerajaan China untuk melanjutkan tempoh cuti Tahun Baru Cina sebagai langkah untuk menangani wabak tersebut, Kedutaan Besar Malaysia akan ditutup sehingga 2 Februari 2020. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia di China masih boleh menghubungi Kedutaan di Beijing atau Konsulat-Konsulat Jeneral Malaysia terdekat di Shanghai, Guangzhou, Kunming, Nanning, Xi 'an dan Hong Kong.

 

Kedutaan Besar Malaysia di Beijing

E-mel: mwbeijing@kln.gov.my

Tel. : +861065322531 (waktu pejabat) /

         +8618513665810 / +8613161219838 (selepas waktu pejabat)

 

Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai

E-mel: mwshanghai@kln.gov.my

Tel. : +862160900360 (waktu pejabat) / +8613611763879 (selepas waktu pejabat)

 

Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou

E-mel: mwguangzhou@kln.gov.my

Tel. : +862038770763 (waktu pejabat) / +8618802087683 (selepas waktu pejabat)

 

Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming

E-mel: mwkunming@kln.gov.my

Tel. : +8687163165088 (waktu pejabat) / +8618487341474 (selepas waktu pejabat)

 

Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning

E-mel: mwnanning@kln.gov.my

Tel. : +867715662562 (waktu pejabat) / +8615977783818 (selepas waktu pejabat)

 

Konsulat Jeneral Malaysia di Xi’an

E-mel: mwxian@kln.gov.my

Tel. : +862989568478 (waktu pejabat) / +8615229089757 (selepas waktu pejabat)

 

Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong

E-mel: mwhongkong@kln.gov.my

Tel. : +85228210800 (waktu pejabat) / +85269006390 (selepas waktu pejabat)

 

 

 

28 Januari 2020


related links related links