MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT MALAYSIA DI GUANGZHOU



Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat Malaysia di Pejabat Konsulat Jeneral pada 16 Mac 2024. Seramai 45 orang rakyat Malaysia yang berkerja dan menetap di Shenzhen, Foshan dan Guangzhou telah hadir di majlis tersebut yang menyajikan makanan Malaysia seperti bubur lambuk, nasi arab, bihun goreng dan kuih muih. Majlis tersebut juga mengadakan sembahyang terawih berjemaah yang diimamkan oleh saudara Ahmad Syahmi Sayuti bin Ab Latif. Konsul Jeneral Malaysia ke Guangzhou, Puan Suraya Pauzi telah menyampaikan ucapan mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia ke majlis tersebut yang diadakan selari dengan visi Kerajaan Madani yang peka rakyat.