MAJLIS HARI RAYA KONSULAT JENERAL MALAYSIA GUANGZHOU DISAMBUT MERIAH






Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri untuk komuniti rakyat Malaysia yang menetap di selatan China pada 13 April 2024.
Seramai 200 orang rakyat Malaysia bersama keluarga yang belajar dan berkerja di bandar-bandar sekitar Guangdong serta sekumpulan pelajar dari Fujian telah hadir memeriahkan Majlis Hari Raya Aidilfitri tersebut.
Antara menu tradisional Aidilfitri yang disediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN Guangzhou termasuk rendang ayam, nasi minyak, ketupat palas, lemang, kuah kacang dan bermacam kuih raya.