Skip to Content

MISSION INFO
Address:
International Chamber of Commerce Tower, 45th Floor, No. 59 Jinhu Road, Nanning,
Guangxi Zhuang Autonomous Region 
Telephone: 00-86-771-566 2562 - Office Hour
00-86-159-7778 3818 - After Office Hour (For Emergency Only) 
Fax: 00-86-771-566 2582
Email: mwnanning@kln.gov.my
GMT: +8 (Tiada Perbezaan Waktu)
Working Days: Monday - Thursday : 9.00 a.m. - 1.00 p.m. & 2.00 p.m. - 5.00 p.m.
Working Hours: Friday : 9.00 a.m. - 12.15 p.m. & 2.45 p.m. - 5.00 p.m.
Public Holidays: Saturday, Sunday and Public Holiday

 

News From Misssion News From Misssion

Back

MAKLUMAN KEPADA INDIVIDU YANG TIBA DARI LUAR NEGARA - KEMASKINI 24 JULAI, 8.00 PM

 

KONSULAT JENERAL MALAYSIA

NANNING, CHINA

 

MAKLUMAN KEPADA INDIVIDU YANG TIBA DARI LUAR NEGARA

(KEMASKINI 24 JULAI, 8.00 PM)

 

Selaras dengan hasrat serta usaha Kerajaan Malaysia dalam mengekang penularan wabak Covid-19 di Malaysia, Kerajaan Malaysia telah memutuskan bahawa mulai 24 Julai 2020, semua individu yang tiba dari luar negara dan memasuki Malaysia, akan dikenakan perintah kuarantin wajib 14-hari di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, berdasarkan kepada peruntukan di bawah subseksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

 

  1. Lokasi bagi stesen kuarantin hanya akan ditentukan oleh pihak berkuasa di Malaysia selepas ketibaan individu di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia. Individu tidak dibenarkan untuk memilih stesen kuarantin.
  2. Semua individu yang tiba dari luar negara perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh Kerajaan. Kadar kos kuarantin adalah seperti berikut:

 

Kategori Individu

 

Bayaran (seorang/sehari)

 

Warganegara Malaysia

Maksimum RM150

 

Bukan Warganegara Malaysia

(Serta tanggungan kepada warganegara)

RM150

 

Pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat

Kos kuarantin akan ditanggung oleh Kerajaan.

 

 Nota:

  • Individu perlu membayar sejumlah deposit/pembayaran penuh kepada pengusaha/pemilik/pihak hotel sewaktu proses daftar masuk. Penggunaan kad kredit adalah digalakkan.

  

  1. Berkuatkuasa 24 Julai 2020, semua individu yang akan memasuki Malaysia perlu mengisi dan menandatangani borang Aku Janji dan Indemniti (LoU) untuk membayar kos kuarantin dan menghantar dokumen berkaitan bersama-sama LoU lengkap kepada Konsulat Jeneral melalui e-mel mwnanning@kln.gov.my selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh berlepas. Seterusnya pihak Konsulat akan mengeluarkan Notis Perjalanan kepada individu melalui e-mel. LoU serta Notis Perjalanan perlu dikemukakan kepada syarikat penerbangan serta pihak berkuasa di Malaysia semasa ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa.  Dokumen berikut perlu dikemukakan kepada Konsulat bersama LoU:
  1. Salinan muka hadapan pasport pemohon (mengandungi maklumat peribadi);
  2. Salinan kad pengenalan pemohon (bagi warganegara Malaysia sahaja); dan
  3. Salinan tiket penerbangan.

 

  1. Bagi penumpang bukan warganegara Malaysia, kegagalan untuk mengemukakan Notis Perjalanan boleh menyebabkan individu tersebut tidak diberi kebenaran untuk menaiki pesawat. Bagi penumpang warganegara Malaysia, kegagalan untuk mengemukakan Notis Perjalanan tidak boleh menyebabkan warganegara tersebut dinafikan hak untuk menaiki pesawat. Kegagalan untuk mengemukakan dokumen tersebut akan hanya menyukarkan proses kemasukan warganegara tersebut ke Malaysia dan juga melambatkan proses kuarantin. Warganegara tersebut masih tertakluk kepada apa-apa peraturan atau arahan perundangan semasa dan tindakan sewajarnya akan diambil setibanya warganegara tersebut di Malaysia.

 

  1. Penumpang/pengembara ke Malaysia tidak diwajibkan untuk membuat ujian pengesanan Covid-19 3 hari sebelum pelepasan ke Malaysia. Namun penumpang/pengembara perlu menyemak dengan pengendali penerbangan (airlines) berkenaan keperluan untuk menjalani ujian Covid-19 sebelum dibenarkan menaiki pesawat.

 

  1. Penumpang/pengembara akan menjalani pemeriksaan dan tapisan kesihatan setibanya ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa yang akan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk pertanyaan lebih lanjut berkenaan dengan ujian Covid-19 dan prosedur KKM semasa ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia, sila hubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) melalui e-mel cprc@moh.gov.my atau talian hotline +603-88810200/600/700. Kadar bayaran yang dikenakan bagi kos ujian saringan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia adalah seperti berikut:

Jenis Ujian Pengesanan Covid-19

Warganegara

(RM)

Bukan Warganegara

(RM)

Tindak balas berantai polimerase

150.00

250.00

Kit ujian pantas antigen

60.00

120.00

Kit ujian pantas antibodi

30.00

60.00

 

  1. Penumpang/pengembara dikehendaki memuat turun, mengaktifkan dan mendaftar aplikasi MySejahtera sebelum memasuki Malaysia. Aplikasi MySejahtera boleh dimuat turun melalui Apple Appstore, Google Playstore, Huawei app Gallery atau melalui laman web https://mysejahtera.malaysia.gov.my.

 

  1. Sebagai panduan kepada individu yang akan memasuki Malaysia, bersama-sama ini dikemukakan capaian bagi garis panduan serta dokumen-dokumen seperti berikut:

 

  1. Proses kemasukan dan kuarantin individu yang tiba dari luar negara bermula 24 Julai 2020.

      /documents/5414402/8959443/1a+Proses+Kemasukan+dan+Kuarantin+Person+Under+Surveillance+%28PUS%29+Yang+Tiba+Dari+Luar+Negara+Bermula+24.07.2020.pdf/3b612e18-fcc4-493f-8bba-eb238ba61e71

 

  1. Carta alir prosedur kuarantin semasa ketibaan individu di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia.

       /documents/5414402/8959443/2a+Carta+Alir+Prosedur+Kuarantin+Bermula+24.07.2020.pdf/1e9e1334-a755-4a9a-a20e-6c15c2d84024

 

  1. Surat Aku Janji dan Indemniti (LoU).

       /documents/5414402/8959443/3a+Surat+Aku+Janji+dan+Indemniti_LoU_Bermula+24.07.2020.pdf/25f7a78e-6a6c-4cff-9291-8cfac6d3dc3a

 

  1. Untuk pertanyaan atau bantuan, anda boleh menghubungi pejabat Konsulat seperti berikut:

E-mel       : mwnanning@kln.gov.my 

Telefon     : +86-771 5662562 (Office Hours: Monday to Friday, 9am – 5pm)

              +86-159 77783818 (Outside Office Hours)