Skip to Content

MISSION INFO
Address:
International Chamber of Commerce Tower, 45th Floor, No. 59 Jinhu Road, Nanning,
Guangxi Zhuang Autonomous Region 
Telephone: 00-86-771-566 2562 - Office Hour
00-86-159-7778 3818 - After Office Hour (For Emergency Only) 
Fax: 00-86-771-566 2582
Email: mwnanning@kln.gov.my
GMT: +8 (Tiada Perbezaan Waktu)
Working Days: Monday - Thursday : 9.00 a.m. - 1.00 p.m. & 2.00 p.m. - 5.00 p.m.
Working Hours: Friday : 9.00 a.m. - 12.15 p.m. & 2.45 p.m. - 5.00 p.m.
Public Holidays: Saturday, Sunday and Public Holiday

 

News From Misssion News From Misssion

Back

PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SABAH KE-16

CONSULATE GENERAL OF MALAYSIA

NANNING, CHINA

 

Kepada semua rakyat Malaysia di Guangxi dan Guizhou,

 

PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SABAH KE-16

 

 

Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang bermesyuarat pada 17 Ogos 2020 telah menetapkan 26 September 2020 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi PRU DUN Sabah Ke-16.

 

Dalam perkara ini, sukacita dimaklumkan bahawa SPR akan meneruskan kemudahan mengundi secara pos bagi warganegara Malaysia yang berada di luar negara bagi maksud PRU DUN Sabah Ke-16. Tempoh permohonan yang telah diwartakan oleh SPR adalah mulai 17 Ogos 2020 sehingga 3 September 2020.

 

Bagi tujuan ini, setiap permohonan undi pos tersebut hendaklah menggunakan Borang 1B (Pengundi Luar Negara) yang dilampirkan bersama makluman ini atau boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPR https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/muat-turun-borang sepanjang tempoh permohonan. Pemohon bagi kategori ini juga tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

 

  1. Merupakan seorang pemilih yang berdaftar;
  2. Bermaustatin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
  3. Pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran DUN Sabah ke-15, iaitu pada 31 Julai 2020.

 

Borang 1B yang lengkap diisi boleh dihantar kepada Ibu Pejabat SPR melalui cara seperti berikut :

 

(a)        E-mel kepada upup@spr.gov.my;

(b)        Faks ke 03-8881 0424/0399/0386/0369; atau

(c)        Pos ke alamat:

 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Menara SPR, No.2 Jalan P2T,

Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya

(u.p.: Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)

 

Sekiranya terdapat pertanyaan berhubung perkara ini, pihak tuan/puan boleh menghubungi SPR di talian +603-8888 0400 / +603-8881 0658 / +603-8881 0769.

 

 

 

26 Ogos 2020