Archives Archives

Back

e-Konsular Mobile Application

Nak mohon Sijil Kelakuan Baik (SKB)?; daftar keberadaan rakyat Malaysia di luar negara?; atau cari lokasi Kedutaan Malaysia yang terdekat?

Semua kini lebih mudah dengan e-Konsular Mobile Application 

Melalui aplikasi ini, anda boleh:

  • Membuat permohonan SKB secara digital – lengkap dengan sijil digital yang sah di sisi undang-undang, berpandukan Akta Tandatangan Digital Malaysia 1997 (Akta 562); dilengkapi ciri keselamatan untuk elak penipuan & pemalsuan; 
  • Mendaftar maklumat keberadaan rakyat Malaysia di luar negara – supaya bantuan dapat disalurkan dengan cepat sekiranya berlaku kecemasan atau bencana; 
  • Mengakses direktori semua Pejabat Perwakilan Malaysia di seluruh dunia, lengkap dengan panduan mencari lokasi terdekat; dan 
  • Buat janji temu (appointment) untuk perkhidmatan konsular dengan lebih teratur & mudah.
  • Dengan e-Konsular Mobile Application, urusan konsular kini lebih cekap, selamat & mesra pengguna di hujung jari anda, di mana sahaja dan bila-bila masa.
  • Pautan : https://linktr.ee/ekonsular