Archives Archives

Back

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PKB-CAPITAL SDN. BHD.

Pada 12 November 2025, kunjungan hormat oleh PKB-Capital Sdn. Bhd. (PKB-C) yang merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Kedah Berhad telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai. Delegasi PKB-Capital Sdn. Bhd. diketuai oleh YB Senator Tuan Haji Abd Nasir bin Haji Idris, Pengerusi, PKB-Capital Sdn. Bhd.

 

PKB-Capital Sdn. Bhd. dalam rangka lawatan bagi meninjau potensi kerjasama strategik dalam bidang teras perniagaan khususnya, bidang perkhidmatan serta mengenalpasti peluang pelaburan dan teknologi baharu yang boleh diterapkan dalam inisiatif pembangunan di bawah PKB-C.  Kunjungan ke Konsulat Jeneral Malaysia juga bagi membincangkan potensi kolaborasi dan pandangan berkenaan iklim pelaburan di China.