Archives Archives

Back

LAWATAN KERJA YAB DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI, TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH KE SHANGHAI MULAI 4 HINGGA 7 N

Lawatan Kerja YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Shanghai mulai 4 hingga 7 November 2025 adalah bagi menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-8 dan merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Shanghai bertempat di National Exhibition and Convention Center (NECC).

Selain itu, beliau turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Shanghai Jiao Tong University (SJTU) serta hadir ke Majlis Perasmian Forum Kerjasama Industri-Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Antarabangsa Malaysia-China Ke-2 dan Pameran Pendidikan Vokasional Malaysia-China Ke-4.

YAB Timbalan Perdana Menteri juga merasmikan Pusat Informasi CIDB Holdings Sdn Bhd (CIDBH Information Center) serta Astaka Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM).

Gambar : BERNAMA, RTM, Astro Awani dan Media Prima