Archives
Back
MAJLIS BERBUKA PUASA KONSULAT JENERAL MALAYSIA, SHANGHAI
Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai dengan kerjasama PERWAKILAN Shanghai telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa pada 28 Februari 2026. Majlis telah dihadiri oleh sekitar 70 orang tetamu terdiri daripada kakitangan dan keluarga KJM Shanghai dan diaspora Malaysia yang menetap, bekerja dan belajar di Shanghai serta wilayah-wilayah sekitarnya. Turut diadakan adalah Solat Maghrib, Isyak dan Terawikh secara berjemaah.
Para tetamu telah dihidangkan dengan juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Secret Flavor Restaurant dan ahli PERWAKILAN Shanghai tidak lupa juadah hidangan secara ‘potluck’ oleh tetamu yang hadir.