Archives Archives

Back

MAJLIS PERASMIAN PAVILION KUSKOP DAN FAMA DI SIAL SHANGHAI 2025

Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai berbesar hati menghadiri Majlis Perasmian Pavilion Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sempena penyertaan kedua-duanya dalam pameran SIAL Shanghai 2025 pada 19 Mei 2025 di Shanghai New International Export Center (SNIEC).

Ini merupakan penyertaan pertama KUSKOP dan penyertaan kelima FAMA dalam SIAL Shanghai. Acara tahunan ini merupakan platform padanan perniagaan dan pengembangan perdagangan dalam industri makanan antarabangsa. Pada tahun ini, KUSKOP telah menyelaras penyertaan 12 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), manakala FAMA menyelaras penglibatan empat (4) buah syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, bagi tujuan memperluaskan pasaran produk makanan negara di China khususnya di Shanghai, seterusnya meningkatkan capaian pasaran di peringkat antarabangsa.

Majlis perasmian tersebut turut menyaksikan beberapa perjanjian persefahaman ditandatangani antara syarikat Malaysia dan China. Turut hadir, Encik Adila Sabri bin Muhammad, Setiausaha Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor (KUSKOP) dan Puan Wan Faizatul Aniza binti Ismayatim, Pengarah FAMA Negeri Kelantan.

Konsulat Jeneral Malaysia juga berkesempatan menghadiri Majlis Pembukaan SIAL Shanghai 2025 yang dihadiri oleh wakil pejabat-pejabat Kedutaan Besar di Beijing dan Konsulat Jeneral di Shanghai serta pemain-pemain industri.