Archives Archives

Back

MAJLIS RAMAH MESRA YB DATUK CHAN FOONG HIN, TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI BERSAMA DIASPORA MALAYSIA DI SHANGHAI

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan usahasama Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri KPK Bersama Diaspora Malaysia di Shanghai dan Upacara Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Institut Penyelidikan dan Perkhidmatan Teknikal Minyak Sawit MPOB (PORTSIM) pada 18 Mei 2025 di Hotel Shangri-La Qiantan.

Majlis tersebut telah dihadiri lebih 150 orang tetamu dalam kalangan diaspora Malaysia dan para pemain industri yang berkepentingan dalam industri minyak sawit. Majlis ini diadakan sempena lawatan rasmi YB Timbalan Menteri KPK ke China untuk meneroka kerjasama dan pasaran baru yang berpotensi bagi minyak sawit dan komoditi utama Malaysia yang lain.