Archives
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI SHANGHAI
Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai dengan kerjasama PERWAKILAN Shanghai telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 26 April 2025 di lobi utama Dawning Centre.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh sekitar 200 orang tetamu yang kebanyakannya terdiri daripada diaspora Malaysia yang menetap, bekerja dan belajar di Shanghai serta wilayah-wilayah sekitarnya. Majlis tersebut turut dihadiri oleh delegasi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang dalam rangka lawatan ke Shanghai.
Para tetamu dihidangkan dengan juadah istimewa termasuklah nasi minyak, ayam masak merah, rendang daging, nasi impit dan kuah kacang, nasi lemak, ayam berempah, kuah lodeh, dalca, sate, roti canai, karipap, sambal ikan bilis, kambing panggang, teh tarik dan aiskrim gula Melaka. Kebanyakan menu utama disediakan oleh PERWAKILAN Shanghai, dan sebahagiannya turut disumbangkan oleh agensi dan individu, seperti PORTSIM Shanghai dan Secret Flavor.
Majlis Hari Raya ini merupakan salah sebuah platform bagi Konsulat untuk bertemu dan beramah mesra bagi mengukuhkan hubungan silaturrahim dengan rakyat Malaysia di perantauan, khususnya mereka yang berdaftar dengan pejabat Konsulat.





