Archives
Back
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2025 (HSN2025) MALAWAKIL SHANGHAI
Hari Sukan Negara 2025 (HSN205) anjuran Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai dengan kerjasama PERWAKILAN Shanghai disambut meriah pada 11 Oktober 2025 dengan kehadiran warga kerja dan keluarga Malawakil Shanghai.
Program yang diadakan di Shanghai City Sports Center tersebut dimulakan dengan bacaan doa, serta ucapan oleh Encik Mohd Shahafeez Shahris, Konsul Jeneral, dan senamrobik. Para peserta kemudiannya diberikan taklimat ringkas sebelum memulakan aktiviti ‘Dodgeball’ dan ‘Pickelball’. Acara diteruskan dengan aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak.
Program ini diharap dapat membudayakan gaya hidup yang cergas dan aktif, serta menyemarakkan semangat silaturrahim sesama peserta.


