News From Mission
2025 Malaysia-China Business Forum
Acara tahunan Malaysia-China Business Forum telah diadakan pada 4 Disember 2025 bertempat di Kerry Hotel Pudong. Acara ini dianjurkan oleh Malaysian Chamber of Commerce and Industry in China (MayCham China), Shanghai dan disokong oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai, Malaysian Investment Developlment Authority (MIDA) dan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE).
Tema pada tahun ini adalah ‘ASEAN-China : Our Shared Future’, sempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema ‘Inclusivity and Sustainability’, dan berdasarkan Kuala Lumpur Declaration on ASEAN 2045 dengan fokus keutamaan China sebagai antara rakan terbesar perdagangan dan pelaburan ASEAN.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi MayCham China di Shanghai, Encik Tan Hann Syn dan diikuti oleh Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, Encik Mohd Shahafeez Shaharis. Ucapan pembukaan dan ucaptama telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras dan bekas Utusan Khas Perdana Menteri ke China.
Forum berkenaan juga telah menampilkan beberapa panel perbincangan yang melibatkan Shanghai Foreign Investment Association, Shanghai Entreprenuer Association, Labuan IBFC, Juneyeo Airlines, MIDA Shanghai, serta wakil-wakil agensi pelaburan dari negara-negara ASEAN di Shanghai.
Seramai 200 orang peserta dari pelbagai syarikat di China dan Malaysia telah menyertai Forum tersebut. Keseluruhannya telah menyatakan bahawa forum berkenaan telah berjaya mempamerkan potensi pelaburan di Malaysia serta maklumat terkini yang bermanfaat bagi pelabur-pelabur China.
Gambar : MayCham China, Shanghai







