Skip to Content

Address


Unit 01, Block B, 9th Floor, Dawning Centre, No. 500
Hongbaoshi Road, Changning District
201103 Shanghai

Contact Us

+86 21 6090 0360 (9.00 am - 5.00 pm, Monday to Friday except public holiday)
+86 21 6090 0390 (Immigration) 
+86 21 6090 0371 (Consulate)
mwshanghai@kln.gov.my / shanghai@imi.gov.my (Immigration)

Operation Hours

Monday - Friday
9.00 a.m - 5.00 p.m
CLOSED :
Saturday & Sunday

News From Mission News From Mission

Back

20th ANNIVERSARY OF INTERNATIONAL MEDICAL SERVICE, RENJI HOSPITAL, SHANGHAI

Konsul Jeneral Malaysia, Encik Mohd Shahafeez Shaharis telah hadir ke Majlis ‘20th Anniversary of International Medical Service’ Renji Hospital Shanghai pada 11 Disember 2025.

 

Majlis turut dihadiri oleh Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia (Nadi Permata) yang  merupakan badan kebajikan yang menguruskan dana untuk membawa anak biliary artesia yang memerlukan pembedahan pemindahan hati.  Nadi Permata telah bekerjasama dengan pihak Renji Hospital sejak tahun 2011.  Lebih istimewa, sebanyak 10 keluarga yang pernah terlibat dalam pemindahan hati turut diraikan dalam majlis tersebut.

 

Dalam majlis berkenaan, pihak Hospital Renji telah merakamkan penghargaan kepada usaha berterusan Nadia Permata dalam membawa kanak-kanak Malaysia yang memerlukan pembedahan hati ke hospital berkenaan. Pihak Hospital Renji turut menghargai sokongan padu daripada pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai dalam usaha ini.

 

Selain itu, Hospital Renji juga telah merakamkan penghargaan kepada pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya yang telah menghantar seramai 20 orang pengamal perubatan untuk menjalani latihan di hospital berkenaan.

 

PERWAKILAN Shanghai turut hadir, dengan diwakili Pengerusinya Puan Nadia Alwi.

 


mfa info mfa info