News From Mission
Back
KUNJUNGAN HORMAT OLEH DELEGASI AKADEMI BAHASA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Pada 5 Januari 2026, delegasi daripada Akademi Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Konsul Jeneral, EncIk Mohd Shahafeez Shaharis di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Shanghai. Rombongan seramai 13 orang staf Akademi Bahasa telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Abdul Rahim bin Haji Salam.
Dalam rangka lawatan berkenaan, pihak UTM dijadual untuk melawat institusi-institusi pengajian tinggi di Shanghai bagi meneroka peluang kolaborasi manfaat bersama.





