News From Mission
MAJLIS MAKAN MALAM ‘ASEAN CONSUL GENERALS IN SHANGHAI’S YEAR END NETWORKING DINNER 2025’
Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai telah menghoskan Majlis Makan Malam ‘ASEAN Consul Generals in Shanghai’s Year End Networking Dinner 2025’ pada 11 Disember 2025 di Kerry Pudong Hotel.
Majlis telah dihadiri oleh Konsul Jeneral ASEAN di Shanghai iaitu dari Vietnam, Thailand, Laos, Singapura, Filipina dan Indonesia yang diwakili oleh Konsul (Hal Ehwal Ekonomi). Tetamu kehormat pada Majlis tersebut adalah Mr. Liang Lei, Director of Consular Affairs Division, Foreign Affairs Office, Shanghai.
Majlis berjalan dalam suasana santai, dimulai dengan ucapan aluan daripada Konsul Jeneral Malaysia, Encik Mohd Shahafeez Shaharis yang turut memberikan ucapan penghargaan bagi kerjasama dan solidariti ASEAN untuk aktiviti sepanjang tahun 2025 di Shanghai. Beliau juga berkongsi mengenai hasil pasca Sidang Kemuncak ASEAN 2025 sempena Malaysia sebagai Pengerusi Mesyuarat ASEAN.






