News From Mission
PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.187 KINABATANGAN DAN PRK DEWAN UNDANGAN N.58 LAMAG, SABAH
Permohonan Undi Pos | Kategori 1B ( Luar Negara - untuk pemilih-pemilih yang tinggal di luar negara) - bagi pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.187 Kinabatangan dan Dewan Undangan N.58 Lamag, Sabah telah dibuka mulai 16 Disember 2025 (Selasa).
Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.
Bersama-sama ini dilampirkan Panduan Permohonan Undi Pos Secara Dalam Talian (Online) - Pengundi Luar Negara untuk perhatian dan tindakan hebahan pihak Malawakil yang sewajarnya. Maklumat lanjut berhubung permohonan undi pos juga boleh dicapai di laman web rasmi SPR https://spr.gov.my/permohonan-undi-pos-pilihan-raya-kecil-prk-parlimen-p-187-kinabatangan-dan-prk-dewan-undangan-n-58-lamag-sabah/




