Mission News

KUNJUNGAN HORMAT OLEH UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

05 August 2026 110 views

Pada 30 Julai 2026, delegasi Kelab Ekonomi Putra (PEC), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Konsul Jeneral, Encik Mohd Shahafeez Shaharis di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Shanghai.  Rombongan seramai 12 orang pelajar dari Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UPM telah diketuai oleh Dr. Wency Bui Kher Thinng, Penasihat Kelab Ekonomi Putra (PEC).

 

Dalam rangka lawatan berkenaan, pihak UPM dijadual untuk melawat ke Pejabat MATRADE dan MIDA Shanghai bagi sesi taklimat mengenai hubungan pelaburan Malaysia-China, promosi pelaburan, pembangunan industri, serta peranan agensi Malaysia dalam pembangunan ekonomi.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back