LAWATAN KERJA YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, PERDANA MENTERI KE SHANGHAI DAN HANGZHOU, REPUBLIK RAKYAT CHINA, 22 – 24 SEPTEMBER 2026
LAWATAN KERJA YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, PERDANA MENTERI KE SHANGHAI DAN HANGZHOU, REPUBLIK RAKYAT CHINA, 22 – 24 SEPTEMBER 2026
YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja ke Republik Rakyat China (RRC) pada 22-24 September 2026 atas undangan Kerajaan Republik Rakyat China bagi menghadiri Persidangan Worldskills ke-48 (WSC) di Shanghai dan Ekspo Perdagangan Digital Global ke-5 (GDTE) di Hangzhou.
YAB Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Pengangkutan, YB Tuan Loke Siew Fook; Menteri Dalam Negeri, YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani; serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan.
YAB Perdana Menteri juga telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Premier Li Qiang bagi membincangkan kerjasama dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama. Premier Li turut menghoskan jamuan tengah hari bagi meraikan YAB Perdana Menteri dan delegasi.
Lagi berita di link :
https://www.instagram.com/p/Ddld7_VmD_F/?img_index=1
https://www.instagram.com/p/DdmEPWcGOSx/?img_index=1
https://www.instagram.com/p/DdnasgIGIUf/?img_index=1
https://www.instagram.com/p/DdqiWwDmCzz/?img_index=1
https://www.instagram.com/p/DdqvxF6GBC1/?img_index=3
https://www.instagram.com/p/Ddq2RW8mB1a/?img_index=3
https://www.instagram.com/p/DdsZ4xiAPK_/