Archive Archive

Back

Majlis Minum Petang Bersama Rakyat Malaysia di Xi’an, 10 Disember 2016

Pada hari Sabtu, 10 Disember 2016 satu Majlis Minum Petang Bersama Rakyat Malaysia telah diadakan bertempat di Somerset Xindicheng Xi’an.  Program dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Konsul Jeneral dan diikuti dengan majlis beramah mesra bersama warga Malaysia yang menetap di Xi’an termasuk pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran mereka di universiti-universiti utama di Xi’an.

 

Secara keseluruhannya, semua rakyat Malaysia yang menghadiri majlis berkenaan amat gembira kerana ianya merupakan majlis yang julung kali dianjurkan oleh pihak Konsulat Jeneral yang dapat  mengumpulkan sebilangan rakyat Malaysia yang menetap di sini.