Archives
Back
ASEAN Food Bazaar 2025
Pada 31 Mei 2025 bertempat di perkarangan bangunan Konsulat Jeneral Malaysia di Xi’an telah berlangsung acara ASEAN Food Bazaar anjuran Konsulat Jeneral Malaysia dengan kerjasama Konsulat Jeneral Kemboja dan Konsulat Jeneral Thailand. Acara ini disertai oleh 34 gerai jualan terdiri daripada 10 buah negara-negara ASEAN. Acara ini telah meraih sambutan yang luar biasa daripada masyarakat tempatan, pelancong daripada berbagai bandar serta warga asing. Pengunjung disajikan dengan pelbagai jualan makanan, cenderahati, kraftangan tradisional serta persembahan kebudayaan daripada negara-negara ASEAN. Rata-rata pengunjung meluahkan rasa gembira serta dapat mendalami keunikan budaya dan tradisi negara-negara ASEAN.
