Archives Archives

Back

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI DARIPADA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI)

Konsul Jeneral Malaysia di Xi’an, Encik Lum Wan Liang telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 12 Ogos 2025. Delegasi MARDI yang diketuai oleh Puan Nurulhuda binti MD Ozman, Pegawai Penyelidik Kanan dan diiringi oleh Puan Siti Nurathirah binti Abu Hassan, Pegawai Penyelidik dan Puan Nur Hanis binti Mohamad Noor, Pegawai Penyelidik serta Cik Liu Ning, Pembantu Pejabat (Pertanian) dari Kedutaan Besar Malaysia di Beijing. Dalam sesi kunjungan hormat tersebut, Puan Siti Nurathirah telah memaklumkan objektif kunjungan delegasi MARDI ke Shaanxi adalah untuk menilai tahap penggunaan teknologi pintar di China khusus kepada komoditi kambing pedaging dan kambing tenusu.