Archives
Malaysian Dance Workshop
Pada 13 September 2025, Konsulat Jeneral Malaysia di Xi’an telah menganjurkan Malaysian Dance Workshop bertemakan “Santai Seni Budaya Malaysia” bertempat di Dewan Serbaguna, Konsulat Jeneral Malaysia.
Program ini telah disertai oleh kira-kira 50 orang peserta yang terdiri daripada pelajar universiti, pelajar sekolah rendah dan menengah, serta kakitangan pejabat konsulat. Bengkel ini dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada Badan Budaya Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang memperkenalkan keindahan tarian asli Melayu kepada para peserta.
Bengkel selama dua jam ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Para peserta meluahkan rasa teruja serta berharap agar program seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang bagi terus memupuk minat terhadap seni dan budaya Malaysia.




