Archives Archives

Back

Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Konsulat Jeneral Malaysia di Xi'an

12 Oktober 2024 – Malawakil Xi’an telah mengadakan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) bertempat di perkarangan bangunan Canseri. Program ini dihadiri oleh 40 orang, terdiri daripada HBS dan keluarga, Kakitangan Ambilan Tempatan serta keluarga dan warga Malaysia yang berkelapangan. Sebanyak 4 permainan yang dipertandingkan iaitu ping pong, badminton, pool dan sukan rakyat baling selipar. Semua peserta yang terlibat amat berpuas hati dengan penganjuran program HSN tersebut dan menyatakan rasa gembira kerana memperoleh pengalamandan memori baru. Program tersebut Berjaya menyatukan rakyat Malaysia di Xi’an dan memberi peluang kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Xi’an mendampingi diaspora Malaysia terutamanya pelajar-pelajar dan memastikan keberadaan mereka terjaga di negara asing.