Events / News Events / News

Back

BULAN SUKAN NEGARA, 26 OKTOBER 2019

Program Bulan Sukan Negara di Xi’an telah diadakan di Xi’an Yilian Football Club dan taman rekreasi Xin Jiyuan di Gaoxin District pada hari Sabtu, 26 Oktober 2019. Acara “Futsal Persahabatan” dan “Brisk Walking” bersempena Bulan Sukan Negara ini merupakan anjuran bersama pihak Konsulat Jeneral dan PERWAKILAN Xi’an.

Program Bulan Sukan Negara tersebut telah dimulakan dengan acara “Futsal Persahabatan” di mana pasukan Malaysia yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Xi’an bertemu dengan pasukan dari Xi’an, Shaanxi Province yang terdiri daripada beberapa kakitangan dari Shaanxi Education Department dan tenaga pengajar di beberapa universiti di Xi’an.  Konsul Jeneral turut menyampaikan cenderahati kepada peserta-peserta "Futsal Persahabatan" tersebut.  Seterusnya Konsul Jeneral bersama HBS dan keluarga meneruskan acara “Brisk Walking” dengan mengelilingi taman rekreasi Xin Jiyuan.

Secara keseluruhannya, acara seumpama ini selain dapat memupuk kesedaran budaya bersukan bagi setiap lapisan masyarakat ianya juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara rakyat Malaysia dengan pegawai-pegawai HBS serta keluarga di Perwakilan. Gaya hidup sihat dengan bersukan juga mempunyai manfaat untuk kecergasan dan untuk mengurangkan risiko kesihatan dikalangan rakyat Malaysia secara amnya.

BULAN SUKAN NEGARA

BULAN SUKAN NEGARA

BULAN SUKAN NEGARA

BULAN SUKAN NEGARA

BULAN SUKAN NEGARA

BULAN SUKAN NEGARA

BULAN SUKAN NEGARA

BULAN SUKAN NEGARA