Events / News Events / News

Back

PROGRAM MENDAMPINGI RAKYAT MALAYSIA (PMRM) DAN `HARI RAYA GATHERING’, 15 MEI 2021 (SABTU), 11.30 PAGI - 2.00 PTG., TERRACE GARDEN, SHANGRI-LA HOTEL

Program Mendampingi Rakyat Malaysia (PMRM) dan `Hari Raya Gathering’ sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada hari Sabtu, 15 Mei 2021 di Terrace Garden, Shangri-la Hotel Xi’an. Majlis kali ini dianjurkan oleh pihak Konsulat Jeneral bersama dengan MAYCHAM Xi’an. Konsul Jeneral telah menyampaikan salam Aidilfitri kepada semua warga Malaysia dan hadirin yang menyambut Hari Raya tahun ini di perantauan. Konsul Jeneral juga telah mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan perkembangan terkini dan juga langkah-langkah yang perlu diambil dalam pengawalan pandemik Covid-19 di kalangan rakyat Malaysia di Xi’an.  Konsul Jeneral juga mengingatkan semua warga Malaysia di wilayah-wilayah konsular Shaanxi, Gansu dan Ningxia mendaftarkan maklumat diri dan keluarga di Pejabat Perwakilan.

 

Secara keseluruhannya, kesemua rakyat Malaysia yang hadir pada majlis ini amat gembira selain dapat menyambut Hari Raya bersama, ianya secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim, bersuai kenal dengan rakyat Malaysia yang baru tiba serta dapat berkongsi maklumat terkini dan perkembangan terbaru di Xi’an dan di Malaysia secara amnya.