Press Statements/ Releases Press Statements/ Releases

Back

KAEDAH PENGHANTARAN KERTAS UNDI POS BAGI KATEGORI 1B DAN PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH) PADA PILIHAN RAYA UMUM KE-14

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan satu sidang media pada 10 April 2018 untuk mengumumkan tarikh-tarikh bagi maksud penjalanan Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU-14). Kenyataan Media rasmi oleh SPR adalah seperti berikut untuk rujukan (Kenyataan Media Bil.27/ 2018).

 

Bagi melancarkan lagi kaedah penghantaran undi pos pada PRU-14 ini, SPR telah memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia Berhad (PMB) sepenuhnya dalam urusan penghantaran sehala Sampul-sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi untuk pengundi-pengundi di luar negara meliputi Kategori 1B dan Pengundi Tidak Hadir (PTH) pada PRU Ke-14 kali ini.

 

Walau bagaimanapun, penghantaran balik Sampul-sampul B yang mengandungi kertas undi ke Malaysia pula adalah menjadi tanggungjawab pengundi itu sendiri termasuk kos penghantaran yang tidak ditanggung oleh SPR. 

 

Mekanisma penghantaran sampul keutamaan ke luar negara oleh PMB adalah menggunakan perkhidmatan syarikat-syarikat kurier antarabangsa seperti FeDEX, ARAMEX, DHL dan TNT. Tempoh penghantaran balik semula undi pos perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus di Malaysia pada hari pengundian iaitu hari Rabu, 9 Mei 2018 sebelum jam 5.00 petang

 

SPR telah memberikan peringatan kepada rakyat Malaysia yang mengundi pos di luar negara untuk tidak melewat-lewatkan penghantaran balik kertas undi pos berkenaan bagi mengelakkan kelewatan penerimaan di Pejabat Pegawai Pengurus.