Archives
Hebahan Pilihan Raya Umum Kecil (PRK) Parlimen P.054 Gerik dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, BERLIN
HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.054 GERIK DAN PRK DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) N.66 BUGAYA
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 16 Januari 2021 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.054 Gerik dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya. Dalam perkara ini, SPR akan meneruskan kemudahan mengundi secara pos bagi warganegara Malaysia yang berada di luar negara bagi maksud PRK berkenaan. Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah mulai 27 Disember 2020 sehingga 24 Disember 2020.
3. Untuk tujuan ini, permohonan undi pos boleh dilakukan menggunakan Borang 1B (Pengundi Luar Negara) yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPR www.spr.gov.my sepanjang tempoh permohonan seperti di atas. Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:
3.1 merupakan seorang pemilih berdaftar;
3.2 bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
3.3 pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum kekosongan kerusi:
3.3.1 Parlimen P.054 Gerik, iaitu pada 18 November 2020.
3.3.2 Dewan Undangan Negeri N.66 Bugaya, iaitu pada 24 November 2020
Borang 1B (Pengundi Luar Negara) juga boleh didapati melalui pautan:
PRK PARLIMEN P.054 GERIK: https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/muat-turun-borang/borang-permohonan-kertas-undi-pos-prk-p54-gerik-pengundi-pos-luar
PRK DUN N.66 BUGAYA: https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/muat-turun-borang/borang-permohonan-kertas-undi-pos-prk-n66-bugaya-pengundi-pos-luar
Borang 1B yang diisi ke pihak SPR (melalui pos/ e-mel/ fax seperti yang tertera dalam borang tersebut) dan bukan menerusi Kedutaan.
Bagi proses pemulangan kertas undi ke SPR (setelah diterima), rakyat Malaysia boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara yang didiami. Walau bagaimanapun, kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda adalah atas tanggungan sendiri. Maklumat lanjut mengenai proses pengundian secara pos di luar negara boleh diperohi melalui pautan berikut: https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/soalan-lazim/undi-pos-luar-negara.
Terima kasih.
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA
BERLIN, REPUBLIK PERSEKUTUAN GERMAN
11 DISEMBER 2020