Events / News Events / News

Back

AUTOMEKANIKA 2018

   

 

 

Pameran Automekanika yang berlangsung pada 10 hingga 15 September 2018 merupkan satu aturcara yang diadakan semenjak tahun 1971.  Pameran ini memaparkan perkembangan penggunaan peralatan-peralatan yang digunapakai dalam industri kenderaan sedunia.  Sebanyak 181 buah negara telah mengambil bahagian dalam pameran ini dengan 136,000 orang pelawat.

 

 

 

Pameran Automekanika yang diadakan pada tahun ini merupakan pameran yang ke-25 dan sekaligus merupakan sambutan jubilee perak.  Justeru itu bagi memeriahkan lagi suasana sambutan tersebut, satu tema yang fokus pada pembuatan tayar telah dipilih oleh penganjur tersebut.  Nama tersebut adalah REIFEN.

 

 

 

 

 

Malaysia sebagai pengeluar utama tayar menunjukkan rangsangan positif dengan menghantar 29 orang peserta terdiri daripada syarikat-syarikat pengeluar komponen kenderaan ke pameran tersebut termasuk 9 buah syarikat dibawah tajaan ‘Malaysian Rubber Export Promotion Council’ (MREPC).

 

 

 

 

 

 

Penyertaan syarikat-syarikat Malaysia dipersada antarabangsa memberi satu peluang yang baik untuk mempamerkan produk-produk tempatan negara diperingkat antarabangsa serta meneroka peluang-peluang untuk meluaskan pasaran yang sedia ada.