Events / News Events / News

Back

Jamuan Perpisahan Pengarah Tourism Malawakil Frankfurt, 28 Disember 2018

 

 

Encik Mohamed Amin Yahya, Pengarah Tourism Malaysia Malawakil Frankfurt akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 31 Disember 2018 dan akan pulang ke tanah air pada 11 Januari 2019 setelah berkhidmat di Frankfurt selama 3 tahun.  Konsulat Jeneral Malaysia telah mengadakan jamuan perpisahan kepada beliau dan Isteri serta anak-anak beliau pada 28 Disember 2018.  Pada majlis tersebut, Konsul Jeneral Malaysia ke Frankfurt telah memberikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada En. Amin dan turut menyampaikan sumbangan cenderahati kepada beliau dan isteri.  

 

Puan Yaumee Hayati selaku wakil daripada PERWAKILAN turut menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama Puan Sharida Ahmad Shahidan, isteri kepada En. Mohamed Amin kepada persatuan PERWAKILAN Malawakil Frankfurt selama beliau berada di sini.