Events / News
Back
LAWATAN KERJA YB MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA KE FRANKFURT, 8-10 NOVEMBER 2018
Pada 8 hingga 10 November 2018, YB Datuk Mohammadin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Frankfurt. Lawatan ini sempena dengan pelancaran penerbangan sulung pertama Condor Airlines dari Frankfurt-Kuala Lumpur-Frankfurt yang telah dilancarkan pada 1 November 2018. YB Menteri Pelancongan telah dibawa ke pejabat Condor Airlines di mana beliau dan delegasi telah diberi penerangan oleh En. Christian Schmitt, Pengarah Urusan Condor Airlines. Selain daripada itu, lawatan ke salah satu pejabat pelancongan iaitu Dertouristik juga telah diadakan pada 9 November 2018.