Events / News Events / News

Back

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN KONSUL MUDA DAN BID FAREWELL HBS MALAWAKIL FRANKFURT

        

  

 

Pada 3 Julai 2018, Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt telah mengadakan Jamuan Perpisahan untuk Encik Abdul Rahman Adun, Konsul Muda yang telah tamat perkhidmatan di Konsulat setelah 3 tahun berkhidmat di sini.  Beliau seterusnya dikehendaki melaporkan diri di Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City, Filipina sebagai Konsul Muda pada 9 Julai 2018.

 

Jamuan yang diadakan di Dewan Tun Ghazali Shafie, Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt turut dihadiri oleh semua HBS dan keluarga serta beberapa orang wakil dari kelab Malaysia (MCD).

 

Pada 29 June 2018, semua HBS beserta keluarga telah berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt untuk mengucapkan selamat jalan kepada Encik Rizal Mas, Timbalan Pengarah Tourism.  Manakala pada 2 Julai 2018, Cik Noramirah Mohd Yusoff, Konsul Muda JPA pula berangkat kembali ke Malaysia setelah tamat tempoh perkhidmatan beliau di Konsulat. 

 

Encik Abdul Rahman Adun pula, berangkat pulang ke Malaysia pada 5 Julai 2018 sebelum menyambung perkhidmatan beliau ke Davao City, Filipina.

 

 

Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt dan semua HBS mengucapkan selamat jalan kepada mereka dan berdoa semoga mereka sentiasa maju jaya dalam semua bidang yang mereka ceburi.