Events / News Events / News

Back

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN TIMBALAN PENGARAH TOURISM DAN KONSUL MUDA JPA, 8 MEI 2018

 

 

 

 

Pada 8 Mei 2018, Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt telah mengadakan Majlis Jamuan Perpisahan untuk En. Rizal Mas, Timbalan Pengarah, Pejabat Tourism Frankfurt dan juga Cik Noramirah Yusoff, Konsul Muda di Pejabat Penasihat Pendidikan & Pelajaran (JPA), Frankfurt yang akan tamat tempoh berkhidmat di Konsulat Jeneral pada bulan Jun 2018.

 

Majlis yang diadakan di Dewan Tun Ghazali Shafie, Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt ini turut dihadiri oleh semua pegawai-pegawai HBS beserta keluarga masing-masing, beberapa orang wakil dari Malaysian Club Deutschland (MCD) dan juga wakil dari 1Malaysia & Friends Germany (1MFG). 

 

En. Mukundan Madavan, Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt mengambil peluang ini memberi ucapan penghargaan kepada En. Rizal Mas dan Cik Noramirah Yusoff di atas segala bantuan, sokongan dan kerjasama mereka selama bertugas di Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt.