Events / News Events / News

Back

PELANCARAN MAJLIS DEKAD BAHASA KEBANGSAAN 2018

 

 

 

Pada 11 Oktober 2018, Konsul Jeneral Malaysia ke Frankfurt telah merasmikan Pelancaran Majlis Dekad Bahasa Kebangsaan 2018 pada Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt yang berlangsung dari 10-15 Oktober 2018 bertempat di Messe Frankfurt. Majlis ini yang dianjurkan dan diketuai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Di Majlis tersebut juga, Konsul Jeneral telah melancarkan dua penerbitan buku oleh Dato' Prof. Madya Dr. Noraein Mansor dari Universiti Malaysia Terengganu yang bertajuk 'Beautiful Terengganu dan Ulik Mayang'.  

 

Sebelum itu, pada 9 Oktober 2018, Delegasi dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diketuai oleh Ketua Pengarah, YBhg. Datuk Haji Abdul Adzis bin Abas telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Konsul Jeneral Malaysia ke Frankfurt, En. Mukundan Madavan.