Events / News Events / News

Back

PELANCARAN PENERBANGAN SULUNG CONDOR AIRLINES, FRA-KUL 1 November 2018

   

 

 

Pada 1 November 2018, telah berlangsung satu majlis perasmian bagi pelancaran penerbangan sulung oleh Condor Airlines iaitu penerbangan terus dari Frankfurt-Kuala Lumpur-Frankfurt yang telah dilancarkan bersama oleh Duta Besar Malaysia ke Republik Persekutuan Jerman, PYT Datin Sarah Nava Rani Al-Bakri Devadason.  Majlis tersebut turut dihadiri oleh Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt En. Mukundan Madavan, Naib President Kanan, Fraport AG Simone Schwab dan juga Pengarah Pengurusan Condor Flight Service Christian Schmitt, serta Pengarah Tourism Malaysia di Frankfurt En. Mohamed Amin Yahya.

 

Penerbangan dari Frankfurt ke Kuala Lumpur dikendalikan tiga hari seminggu iaitu pada hari Isnin, Khamis dan Sabtu. Manakala penerbangan dari Kuala Lumpur ke Frankfurt pula adalah pada hari Selasa, Jumaat dan Ahad.