Events / News
Program Get Together PERWAKILAN bersama Duta Besar Malaysia ke Republik Persekutuan Jerman
PERWAKILAN Malawakil Frankfurt telah mengadakan program 'High Tea and Get Together' bersama PYT Datin Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason, Duta Besar Malaysia ke Republik Persekutuan Jerman pada 31 Oktober 2018. Program ini turut memberi peluang kepada PERWAKILAN Frankfurt untuk memperkenalkan ahli-ahli baru iaitu Puan Sherrina Kushairi Kushna, isteri kepada Konsul (Penasihat Pendidikan & Latihan) JPA, Puan Elizayana binti Mohd Nordin, isteri kepada Konsul Muda (Wisma Putra) dan juga Puan Norasnida binti Hussin, Konsul Muda (JPA) yang baru sampai mengikut suami masing-masing serta yang ditugaskan berkhidmat di Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt. Selain untuk memperkenalkan ahli-ahli yang baru, program ini turut memberi peluang untuk semua ahli-ahli berinteraksi secara langsung bersama PYT Duta Besar dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim bersama.