Events / News Events / News

Back

SAMBUTAN CHINESE NEW YEAR TAHUN 2019

 

 

Sambutan Tahun Baru Cina 2019 (Chinese New Year Celebration 2019) telah diadakan pada 17 Februari 2019 bertempat di Restauran Selera Malaysia, di Munchener Str., Frankfurt am Main. Sambutan saban tahun yang dianjurkan oleh Kelab Malaysia Jerman (MCD) turut disertai oleh rakyat Malaysia terutama masyarakat cina yang bermastautin di Frankfurt telah dirasmikan oleh Konsul Jeneral Malaysia.

 

Pelbagai upacara diadakan semasa sambutan tersebut antaranya Yee Sang, pertunjukan kebudayaan masyarakat cina, pemberian ang-pow dan lain-lain. Sajian utama rakyat malaysia turut disediakan iaitu seperti nasi ayam hainan, ikan masak asam pedas, daging masak black pepper, kangkung belacan dan lain-lain.

 

Sambutan ini berlangsung dalam suasana yang muhibbah di mana pelbagai kaum terlibat seperti masyarakat Cina, Melayu dan India serta rakyat tempatan. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi jalinan mesra antara pegawai dan kakitangan Konsulat Jeneral Malaysia dengan rakyat Malaysia di Jerman serta masyarakat tempatan di sini.