Events / News Events / News

Back

SENDING OFF PENGARAH TOURISM MALAWAKIL FRANKFURT, 11 JANUARI 2019

 

 

 

Pada 11 Januari 2019, pegawai HBS dan kakitangan Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt telah mengadakan 'Sending Off dan Bid Farewell'kepada En. Mohamed Amin Yahya, Pengarah Tourism di Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt bersama Isteri, Pn. Sharida Ahmad Shahidan dan anak mereka setelah tamat perkhidmatan beliau selama lebih kurang 3 tahun di Malawakil Frankfurt.  

 

Konsul Jeneral, Encik Mukundan Madavan turut serta dalam majlis ini dan beliau turut menyampaikan penghargaan dan terima kasih beliau mewakili Malawakil Frankfurt kepada Encik Mohamed Amin sekeluarga di atas segala kerjasama dan sokongan beliau selama berkhidmat di sini.  Konsulat Jeneral mendoakan agar Encik Mohamed Amin sekeluarga akan terus diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah S.W.T dalam terus melaksanakan tugas-tugas beliau di masa-masa akan datang.